Mind Power

"I always prefer to believe the best of everybody - it saves so much trouble." - Rudyard Kipling (1865-1936) English Writer of Prose, Verse

Thursday, November 19, 2009

PU3 KEDAH BOWLING TOURNAMENT


18 NOVEMBER 2009 - Bertempat di Central Square Sungai Petani, Biro Sukan Puteri UMNO Negeri Kedah telah mengadakan pertandingan bowling antara Pu3 Bahagian. So I took this opportunity to join Pu3 Jerlun's Team. It was pretty bad since I dah lama tak pegang bola ni. There rest were consistant...kesian depa maybe I was the reason we lost last nite.


Tapi chek rasa itu semua adat pertandingan sebab yang penting adalah ikatan muhibbah yang dapat terjalin antara Pu3' members. Malam semalam YB Dato Bashah sudi menjadi tetamu VIP merangkapa peserta jemputan. He bowled superbly. Tabik Spring....kat Dato..and Datin was so sporting to join the arena. The couple was happening!


My team, Su, Marzita, Kak Long takder ler dapat last place..maybe in between hahahha. Ben10 pun not bad..rajin sungguh depa membowlingkan diri. Since Ummi jadi Urusetia, dia bagi line kat chek main on behalf of her. Dalam keseronokan bowling, kami sebenarnya cemas dengan situasi yang sedang melanda Bahagian - KERUSI ADUN!


PILIHANRAYA atau TIDAK? Itulah yang menjadi persoalannya. Bagi ahli Pu3, kami sedang mempersiapkan diri bagi menempuh apa jua keputusan yang bakal diketahui Jumaat ini. Yang penting we will struggle hard to win again..no matter what! Dato' Abu...doa dan kesetiaan kami tidak pernah dan tak akan lekang. We are here for u! SOKONG, SOKONG..itulah motto kami...


Kalau jadi pilihanraya, ada 2 RAYA ler bulan Disember ni...hehhee. Balik mengundilah cheq sebab last election checq dalam pantang.....sorry Dato'.

Sekarang masa untuk KERJAAAAAAAA........dan Selamat berkursus kepada semua AJK 4 Sayap Bahagian Jerlun

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA..


SALAM LEBARAN PENUH KEMULIAAN - diucapkan kepada semua umat Islam yang akan meraikannya.

Semoga di hari yang penuh keberkatan ini dapat membuka hati kita untuk lebih menyayangi antara satu dengan lain. Mungkin Allah akan menyatukan hati kita agar lebih bersatu dalam memerangi segala tohmahan dan dugaan.


Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada semua rakan dan taulan, terutama keluarga di atas segala ketelanjuran kata dan perbuatan.
Semoga kita berbahagia di samping keluarga tercinta di hari yang mulia ini dan jangan lupa pada yang sudah tiada.
Sayang,
Hazura dan keluarga
serta warga PUTERI UMNO Jerlun

Thursday, September 10, 2009

MALAM TUJUH LIKUR

Tak sampai 2 minggu kita akan menyambut hari kemenangan. Dan sepanjang minggu ni banyak program yang dijalankan oleh UMNO. Majlis sumbangan zakat oleh YBhg. Dato' Maznah Hamid telah pun disempurnakan minggu lepas. Tapi cheq xleh pi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Antara program yang bakal dijalankan :-

12/09/2009 - Majlis berbuka puasa di KEMAS Parlimen Jerlun bersama-sama YB Dato'
Mukhriz Mahathir.

13/09/2009 - Majlis berbuka Puasa bersama-sama AJK Puteri UMNO Negeri.
- Sumbangan Hari Raya di UMNO Jerlun.

15/09/2009 - Majlis Berbuka Puasa di KEMAS Parlimen Kubang Pasu.

Itulah yang cheq dapat cover..yang lain tunggu invitation ler...hehehe

Selamat Menjalankan Ibadat Terawikh dan Puasa

Sunday, August 30, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

30 OGOS 2009 - Hari ni Ketua Pu3 Jerlun sms ada majlis berbuka puasa dan meraikan anak2 yatim bersama YB Dato' Mukhriz Mahathir bertempat di Masjid Kg Siputeh. Yesterday I was informed that majlis menyampaikan sumbangan Aidilfitri telah diadakan di Wisma UMNO Jerlun by Yb dato' Mukhriz jga. Alhamdulillah, YB Dato' tak pernah lupa rakyat yang memilih beliau.

Sebenaqnya, cheq x brapa ada mood nak scribble kat lam blog ni..information pu tak brapa ada sangat yang kena mengena ngan Pu3 ni...so..we wait n see......

Chow dulu la....

Thursday, August 20, 2009

UNPRODUCTIVE WEEK

This past 2 weeks chek n d whole family dilanda wabak misteri yg bukan H1N1 dan bukan keracunan makanan. But still kena kuarantin kat umah. N I don't have the energy to be in here..

Kursus blogger UMNO Kedah last week chek xleh pi kes sakit ni ler..but I hope semuanya berjalan dengan suksess..Dalam minggu ni juga emo chek x brapa stabil n ada kena mengena dengan service kerajaan. Nak marah..salah tak marah sakit jiwa dibuatnya. Kadang2 people take it for granted esp.those ppl yg kerja kat sepital kerajaan. Minggu ni chek kira berkampung kat area sepital Bahiyah ngan sepital lama. Ya Allah...awatlah lembab dan menyakitkan hati. Kesian tengok budak2 yang sakit n lembik macam kain buruk sebab dhidrated..termasuk anak chek la.
Chek rasa sepital2 semua ni sepatutnya buat sistem koaunter macam bank. Alternate..jgn tutup kaunter. Staff bedakla kerja...pi makan setengah...duk kaunter setengah. Kadang2 cek x paham..sakit ni boleh tahan2 ka...tAkkan dah berbuih mulut baru nak take action.
Something must be done so that kemudahan yang ada bukan sekadar hiasan dan bukti kerajaan prihatin tetapi biarlah servicenya tip top.

Those little yang membuatkan rakyat marah pada kerajaan. Remeh tapi makan dalam. Dendam kesumat tersimpan hebat. end result = maki kerajaan. Kalau tak kena kita tak rasa. Bila kita kena, kita mengiyakan keadaan, sampai bila kerana kita memang sayang dengan kerajaan sedia ada, tapi secalit kekecewa boleh membawa seribu perubahan dan keyakinan.

Pakat pikiaqlah sama2, sebab chek tak tu nak kata apa..komen salah...tapi chek tetap chek......

Saturday, August 8, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JERLUN 2009


MAJLIS PERASMIAN OLEH YB DATO' MUKHRIZ B TUN MAHATHIR

SABTU, 8 OGOS 2009 - Tarikh keramat ini menjadi saksi pertembungan minda dan idea dalam menentukan halatuju dan perancangan UMNO Jerlun untuk memartabatkan maruah Bangsa dan agenda Pucuk Pimpinan di bawah teraju Perdana Menteri yang baru. Majlis Perasmian telah pun disempurnakan oleh YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir. di dalam ucapan perasmian YB Dato', jelas tersemat seribu impian dan harapan untuk melihat UMNO Jerlun terus maju sejajar dengan perkembangan politik Malaysia. Beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana selama beliau menjadi Ahli Parlimen Jerlun, kerjasama dan sokongan dari ahli terutama YB Dato' Ketua Bahagian amatlah membanggakan. Hasil kerjasama yang baik antara Bahagian dan Ahli Parlimen telah memberi banyak manfaat dari segi peruntukan dan projek untuk kebaikan bersama.

Sepanjang Tahun 2009 ini, Peruntukan sebanyak RM1 juta telah diluluskan khas untuk pembangunan Bahagian Jerlun. 195 buah projek telah dilaksanakan yang merangkumi 95 di DUN Ayer Hitam dan 62 di DUN Kota Siputeh. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada YB Dato'. Masyarakat Cina juga tidak dilupakan yang mana sejumlah RM 90,000.00 telah diperuntukkan untuk mereka.

Beliau juga menerangkan tentang konsep DEMOKRASI TULIN yang menjadi tonggak permerintahan di Malaysia. Secara peribadi penerangan tentang konsep dan ancaman terhadap kuasa majoriti (bangsa Melayu) ini amatlah perlu kerana ini dapat membuka minda dan hati Orang Melayu tentang kedudukan kuasa Melayu pada hari ini. Kita mungkin bangga dengan kuasa mutlah iaitu hak majoriti Orang Melayu kerana kita yakin kita ramai. Tetapi ramai kita berpuak-puak. Banyak kita, berpecah belah. Majoriti kita berpihak-pihak. Justeru itu, YB Dato' Mukhriz berharap agar Bangsa Melayu bangun semula dan utuhkan perpaduan di antara kita. Tetapkan keyakinan dan kesetian kepada Parti BN yang telah banyak mempertahankan hak-hak Orang Melayu tanpa menindas bangsa lain yang menumpang hidup di kalangan kita.

Kata Beliau ; Kalau dulu BN diterima oleh semua bangsa kerana dasar Perlembangaan yang memberi keadilan kepada semua bangsa. Mengapa sekarang kita berpaling tadah. Kita lupa dengan apa yang nenek kita perjuangkan. Kita lupa draf perlembagaan yang digubal dan dipersetujui bersama, kita alpa dengan hak mutlak orang Melayu yang semakin disangkal oleh bangsa lain.

Beliau menyeru agar orang MELAYU mengenepikan perbezaan ideologi politik, semangat kenegerian dan agenda tersendiri untuk bersatu padu bagi mempertahankan hak majoriti orang Melayu di bumi yang bertuah ini. Ancaman2 ini tidak akan berkurangan sekiranya undi Melayu berpecah, golongan majoriti ini tidak menguasai ekonomi dan jenayah rasuah yang tidak dibendung. Justeru itu, beliau berjanji untuk bersama-sama turun padang terutama di Bahagian Jerlun bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat direalisasikan bersama agar orang Melayu dapat mempertingkatkan ekonomi dan selari dengan usaha kerajaan ..rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

ULASAN ;

Chek bersemangat sungguh bila mendengar ucapan YB Dato' Mukhriz tadi. Aura dan ketrampilan beliau membuktikan bahawa Jerlun amat bertuah kerana memiliki seorang pemimpin yang sememangnya bekerja untuk rakyat. Boleh dikatakan beliau sentiasa berada di bahagian bagi mengikuti segala program bersama rakyat. Kita hanya perlu buka mata, dan tanya hati, jangan ikut rasa dan emosi. Pemimpin pilihan rakyat..rakyat didahulukan...InsyaAllah...

Friday, August 7, 2009

BEHIND THE SCENE - MERDEKA (THX TO MNLIGHT RENDEZVOUS

MALAYA: Circa 1948 - 1960:
As remembered between the cobwebs of time. The Communist uprising.

The Malayan Emergency.
The 12 years jungle war fought by the Malayan Security Forces, British, Australian, New Zealand army, British Commonwealth against the communists led by their leader Chin Peng.



Chin Peng. Leader of The Malayan Communist Party.

It started with the assassination of three British estate managers at Sungei Siput, Perak.
This was later followed by the burning of rubber estates, sabotaging of installations, derailment of trains, burning of buses, generating civil unrest all over the country.

Malayan communist soldiers.

The CT (Communist Terrorist) soldier was well used to living in the jungle. ... Food and other supplies came from the jungle gardens of the fringe squatters and surrounding kampongs (villages).
He had jungle workshops to repair his weapons and equipment, jungle hospitals for first aid treatment, a network of agents and sympathisers in village, town and city, and a cowed rural population to coerce for food, money, information and sanctuary.

is discipline, fieldcraft, navigation and minor tactics were good and his weapon handling adequate. He relied on surprise in ‘hit and run’ tactics such as the ambush and, (initially) could be ruthlessly cruel in murdering, mutilating or kidnapping people of influence and their families - village headmen, teachers, local government officials.

Most guerrillas were Chinese, though there were some Malays, Indonesians and Indians. (Chin Peng, now 80, his Malay wife, his comrades-in-arms Abdullah CD, Rashid Maidin are today living in Southern Thailand).

CHEK GHASA:
Chin Peng adalah salah satu contoh kenapa cina takleh bermaharajalela di bumi MELAYA ni. Dari dulu lagi depa nak Melaya sebab Melaya menjamin kehidupan yang mewah. Aura dan fahaman Chin Peng ini masih tersemat rapi di dalam darah Bangsa ini. Dan di manakan MELAYU dengan darah Hang Tuah nya....
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...itu pasti...tapi tak ada gunanya MELAYU hanya pada nama!

Kata2 P RAMLEE dalam Sarjan Hassan
" KITA SESAMA BANGSA SEHARUSNYA BERSATU PADU...."

...p/s : pendapat peribadi...........jgn emo yer





Umno sudah jadi mainan sorok- menyorok pembekal gula (HARAKAH DAILY)

Adnan Ibrahim
Fri | Aug 07, 09 | 1:23:40 pm MYT

Pengguna dan peniaga mula bersungut bekalan gula sukar didapati di pasaran. Peniaga kedai kopi pula terpaksa bertanyakan kepada pelanggan peminat teh O atau kopi O sama ada mahu terus memesan minuman tersebut kerana mereka tidak ada gula.

Jika peminat teh O atau kopi O tetap dengan citarasanya maka mereka terpaksa meminum teh O atau kopi O kosong iaitu teh O atau kopi O yang tidak dimasukkan gula. Sudah tentu rasanya pahit tetapi bagi pengidap kencing manis ia mungkin memberi manafaat.

Bagaimanapun selera boleh diubah dengan memesan teh atau kopi yang dicampur susu tetapi ia akan menambah belanja bulanan minum di kedai kopi. Namun begitu hamburan seranah tetap keluar daripada mulut peminat teh O atau kopi O terhadap kegiatan sorok gula.

Gula menjadi pemanis minuman dan makanan yang paling murah berbanding susu atau bahan pemanis lain. Jika gula tiada di pasaran bermakna berlaku peningkatan perbelanjaan keluarga kerana terpaksa mengantikan bahan pemanis lain yang lebih mahal.

Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan sikap kerajaan yang gagal menangani kegiatan sorok bekalan gula. Malah kejadian ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun.

Kegiatan sorok menjadi ugutan serta tekanan terbaik bagi pembekal gula terhadap kerajaan disamping terdapat unsur rasuah yang menambah lagi kejayaan perbuatan tersebut.

Malah setiap kali kegiatan sorok gula berlaku maka kerajaan terpaksa memanggil pemborong dan pembekal gula untuk bermesyuarat dan pada kebiasaannya daripada peristiwa dan sejarah lepas peniaga tersebut mendapat laba apa yang mereka mahu.

Akhirnya permintaan menaikkan harga gula diluluskan kerajaan. Budaya niaga seperti ini turut ditiru oleh pembekal tepung gandum malah pembekal beras juga turut mengambil kesempatan ketika beras berkurangan di pasaran.

Cara niaga seperti ini, akhirnya mendapat kejayaan kepada pembekal. Kerajaan tunduk kepada tekanan peniaga. Sebaliknya dalam soal lain kerajaan tetap keras kepala konon tidak akan tunduk dengan desakan pembangkang walaupun ia keputusan majoriti rakyat.

Umpamanya dalam isu bahasa Melayu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerajaan dengan bongkak dan sombong mengatakan mereka tidak akan tunduk kepada tekanan walaupun rakyat keluar berdemontrasi di jalan raya.

Kenapa pemimpin Umno dan pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak menunjukkan kesombongan dan kebongkokkan tersebut terhadap golongan pembekal yang menekan mereka melalui kegiatan sorok barangan keperluan harian?

Sepatutnya ketegasan kerajaan patut ditunjuk sama kepada peniaga tersebut supaya rakyat tidak menghadapi bebanan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang.

Sebaliknya itu tidak berlaku, kenapa? Apakah kerajaan BN diselubungi rasuah dengan golongan peniaga sehingga tidak berani menentang desakan tersebut?

Rakyat juga tahu Umno menggunakan banyak wang setiap kali pilihan raya umum dan kecil. Dari mana wang tersebut diperolehi atau mungkin daripada sumbangan konglomerat tersebut yang menguasai pasaran barangan keperluan harian.

Sekiranya unsur tersebut benar maka tidak hairan pemerintah BN akan tunduk kepada desakan menaikkan harga barangan keperluan harian.

Maka perbuatan menyorok barang seperti gula bukanlah menjadi kehairanan kerana ia ada unsur seolah kerajaan memberi lampu hijau dibelakang tabir.

Apabila barangan seperti gula tidak ada dipasaran maka sudah tentu kenaikan harga gula yang diluluskan oleh kerajaan boleh menjadi relevan kepada rakyat.

Rakyat akhirnya terpaksa menerima dengan alasan kononnya harga gula lebih mahal di negara jiran maka kegiatan penyeludupan gula berleluasa ke negara tersebut.

Kalau kerajaan boleh mengarahkan polis menggagalkan demontrasi ISA kenapa tidak ada kerahan bagi menggagalkan penyeludupan?

Apa yang nyata ialah kerajaan banyak beralasan demi menjaga kepentingan konglomerat daripada kepentingan rakyat. Umno tidak sedar ia telah menjadi mainan sorok-menyorok golongan tersebut.

Selagi Umno memerintah isu sorok gula tidak akan selesai. Lihatlah bagaimana kerajaan PAS Kedah dalam masa tidak sampai setahun berjaya menghapuskan pusat penyembelihan babi haram sejak 40 tahun lalu semasa pemerintahan Umno lagi.

Umno memerintah Kedah begitu lama tetapi gagal menyelesaikan masalah yang bertentangan dengan peraturan. Apakah pemerintahan Umno itu kerana ada unsur rasuah sehingga pusat penyembelihan itu boleh beroperasi begitu lama tanpa lesen?

Begitu juga masalah arak di Selangor walaupun pemerintahan Umno berjaya membuat peraturan mengharam jualan arak di kawasan majoriti orang Islam tetapi Umno gagal menguatkuasakannya.

Pemerintahan Umno Selangor tidak berjaya menghalang kedai daripada menjual arak. Sebaliknya dibawah kerajaan pakatan rakyat, Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) berani bertindak berdasarkan peraturan yang ditetap mereka.

Oleh kerana tindakan rampasan arak oleh PBT di Shah Alam berdasarkan peraturan yang sedia ada maka PAS bersetuju. Walaupun PAS bukan majoriti dalam kerajaan Selangor tetapi tindakan tersebut telah memberi kejayaan kepada rakyat demi menjaga sosial masyarakat Islam.

Sebaliknya apa yang Umno boleh buat walaupun ada peraturan atau apakah Umno hanya takut kepada golongan peniaga lebih daripada rakyat? Atau apakah Umno banyak diselubungi bayangan rasuah sehingga tunduk kepada perasuah?_

PENDAPAT CHEK....

Isu gula, tepung, beras dan seumpama ini tak akan reda walaupun PAS memerintah. Ini adalah isu ekonomi dan siapa yang berkuasa menerajui ekonomi Malaysia? Memang kerajaan melaksanakan akta. Tetapi pokok pangkalnya ialah siapa dalang di sebalik bekalan makanan di negara kita. Orang Melayu sebok bertelagah mencarik siapa yang salah. Manakala kaum bermata sepet mengambil peluang ini dan menangguk di air keruh kerana inilah masanya untuk mengeruhkan lagi suasana. Ekonomi depa pegang...harga depa control..so by hook or by crook kita kena ikut cara depa. Play by the game......cos nothing we can do. Tak payah salahkan kerajaan kerana....sapa pun yang pegang kerajaan...mampukah depa nak sack kaum ni dari bumi Malaysia..kalau mampu...buktikan dulu....KEDAH....SEJAHTERA...kalau Utz. Azizan boleh kawai depa ni...chek tabik springhggggggggg

Wednesday, August 5, 2009

POLITIK DALAM KEHIDUPAN

For a few days 'Ive been trying to locate a few facts about our political scenario. Especially how it effects our daily life. The important is how do we handle critical crisis regarging our benefits and future. Today...I failed to buy a packet of sugar....out of stock. Let's think about it.
Kita selalu mempolitikkan semua perkara yang kebanyakkannya memberi keuntungan kepada sesetengah pihak. Sepatutnya masalah kekurangan bekalan makanan tidak berlaku di negara kita yang serba bertuah ini. Tetapi atas dasar politik dan economic strategies kita tidak dapat lari dari semua ini. Sejauhmanakah kita dapat mengatasi krisis ini secara rasional dan waras.
Kita boleh marah kepada kerajaan. Chek yakin bila mana bekalan gula berkurangan..pasti akan timbul pelbagai isu dari pihak pembangkang kerajaan. Selaku pengguna, chek takla terasa sangat kalau tak boleh beli gula sekilo, tapi bagi peniaga2...for sure it's a big problem for them.
Inilah yang berlaku bila politik disuntik ke dalam hidup kita.
Pembekal cina menagguk di air yang keruh. Waktu nak sambut puasa dan Hari Raya nilah timbul kekurangan dalam bekalan. Before this tak ada masalah pun. tunggulah nanti mesti bekalan beras, minyak dan yang seumpanya akan berkurangan. Raya season ni macam2 ada....yang tak pernah kurang..pertelagahan di antara orang Melayu......UMNO vs PAS...is forever no solution...BULAN POSA ni UMNO dan PAS akan berpuasa bersama-sama......itulah persamaan di antara kita. Semoga Bulan Ramadhan kali ini akan memberi hidayah kepada kita semua dalam mengenal erti kata bersaudara sesama ISLAM. Semoga ALLAH memberi perlindungan kepada kita semua dann buka pintu hati kita untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Apa pun boleh berlaku...KUN FAYAKUN.......insyaAllah...........

Friday, July 31, 2009

BIG DAY.....



PERWAKILAN BERSIDANG!
MOGA-MOGA BERJALAN DENGAN LANCAR

Thursday, July 30, 2009

PELANCARAN BLOG PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN


http://pu3jerlun.blogspot.com

31 JULAI 2009
disempurnakan oleh YB Dato' Abu Hassan Bin Sarif

"Saluran minda intelek ke arah perpaduan bangsa sejagat"

Wednesday, July 29, 2009

MESYUARAT AGUNG PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN


31 JULAI 2009 - Mesyuarat Puteri akan diadakan di Wisma UMNO Jerlun jam 8.30 pagi. Seramai 107 perwakilan Puteri dari 27 cawangan akan berjumpa dan bersidang bagi membuka satu lembaran baru melalui teraju Ahli jawatankuasa yang baru. Ini merupakan Mesyuarat sulung bagi Ketua Puteri Bahagian yang baru, Cik Yusmawati. Penglibatan semua perwakilan dalam menjana satu agenda untuk dibawa sebagai visi Puteri Bahagian.
Perasmian akan disempurnakan oleh YB Dato' Abu Hassan Sarif, Ketua UMNO Bahagian sendiri sebagai memberi peluang untuk beliau menyampaikan amanat dan intipati perjuangan UMNO bagi menarik lebih ramai generasi muda.
Siapa Puteri di mata masyarakat? Persepsi masyarakat terhadap Puteri amatlah penting dalam membentuk satu penerimaan positif. Puteri mempunyai agenda dan matlamatnya yang tersediri. Namun komitmen dari semua pihak terutama AJK amatlah diharapkan agar setiap aktiviti yang dirancang bersama dapat dilaksanakan.
Fokus kita adalah satu ; REMAJA / BELIA. Kita akan bersama-sama berusaha untuk memajukan ekonomi dan sahsiah diri generasi muda ke arah kecemerlangan dalam jatidiri. INSYAALLAH.....

Tuesday, July 28, 2009

HORLICK 1, NESCAFE 1

Horlick 1 Nescafe 1 = wabak ngeri yang sedang bermaharajalela di seantero dunia.Ket Mesia pun dah ramai dan angkanya semakin bertambah termasuk kes kematian. SubhanaAllah....dalam usaha kita memperkuatkan antibodi badan kita, minda dan kerohanian kita juga seharusnya diperhebatkan keimanannya.
GANJARAN IKUT KEPAKARAN - Dalam paper Metro ari ni..khas utk. kakitangan akademik IPTA. Good news ler tu untuk depa2 yang berkhidmat dan sepatutnya depa ni bersyukur. Kita merit ikut tahap kepakaran...walaupun dari segi kelayakannya tidak setanding kepakaran. Pengalaman merupakan salah satu ke arah meningkatkan kepakaran. Ada segelintir lecturer yang baru grad..kurang kepakaran dari aspek pengajaran. So dengan adanya insentif camni, akan stimulate lagi depa ni untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Thanx to KERAJAAN....

Thursday, July 23, 2009

Puteri turun padang




Puteri Jerlun bersama-sama dengan pemimpin bahagian telah turun padang sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap penderitaan rakyat. Walaupun mungkin tidak dapat memenuhi kesemua kehendak, namun UMNO akan terus membantu selagi termampu...

Wednesday, July 22, 2009

AKTIVITI PUTERI





Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan disertai oleh Pu3 Jerlun. Rangkaian lawatan dan sumbangan telahpun disempurnakan oleh pemimipin bahagian. Kolaborasi bersama agensi kerajaan juga turut dilaksanakan. Sehari bersama KEDA di Padang Sera, Kem Motivasi, lawatan mangsa ribut dan lawatan ke rumah orang sakit adalah di antara aktiviti tersebut.

TIME TO TRANSFORM


2 Hari berkampung di IPP Langkawi memang tak cukup untuk menambah ilmu di dada. Yang cek tak brapa tau dah makin tau sekarang ni. Bila tengok ramai yang took part and banyak resolusi yang diperolehi rasa bessss.

Memang patut perbanyakkan kursus2 macam ni so that segala input dapat disalurkan dengan sempurna. Kadang2 peluang macam ni digunakan untuk bertukar2 pendapat di samping membuka peluang untuk kita berinteraksi antara satu sama lain. Kita mungkin tak kenal siapa kita. Kita mungkin ada banyak persepsi di antara satu sama lain. Politic is all about perseption. Itulah yang cek dapat dari kursus tersebut.

Perseption - susah kalau kita nak interprate secara tepat. Terlalu banyak facts untuk kita hujahkan jika perseption ini menjadi tonggak kepada sesuatu subjek. To get a better perseption we need to be more open in everything. Bila minda telah terbuka, persepsi2 akan wujud dengan jelas dan tepat.

PERSEPSI APA ITU UMNO? SIAPA UMNO?
Sebagai individu yang percaya dengan perjuangan UMNO, kita perlu ada satu persepsi yang kukuh tentang jatidiri UMNO. UMNO is a label. A BRAND yang dah lama established. Tetapi label UMNO sekarang telah diperkotak katikkan oleh segelintir individu yang merasakan label ini milik mereka. Kebebasan untuk memilik label ini telah menjadikan mereka ini alpa tentang kewujudan label itu sendiri. UMNO memang diwarisi. Diwarisi oleh kita yang lahir dan membesar dengan label ini. Waktu sekolah rendah dulu zaman tak tau apa-apa, label UMNO memang dah ada dalam jiwa. Sudah sebati dengan kehidupan dan cara hidup.
Persepsi terhadap LABEL ini gah dan dikagumi semua.

Dengan label inilah wujud ikon-ikon tersohor kita, Perdana Menteri sepanjang zaman...tapi cek paling suka TUN MAHATHIR. Sebab cek celik mata saja....Muka TUN dah terpahat dalam minda. Persepsi cek waktu tu..UMNO is MAHATHIR. Sebab cek yakin dan terjamin dengan kepimpinannya. Cek ingat lagi waktu darjah 4, TUN mai rasmi sekolah cek di Kodiang nun...tahun 1985 kut...ada gambaq cek amik autogragh TUN...nak post kat sini kena balik carik dulu...la ni kalau tengok gambaq tu kembang lubang hidung cek...kena bubuh frame gambaq tu nanti.

Makin zaman berubah semakin bijak kita mengubah persepsi. Dengan wujud label2 lain di persada politik kita, makin berwarna-warni persepsi yang sedia ada. Kita akur dengan perubahan yang ada, namun kita kena sentiasa berwaspada supaya persepsi2 ini tidak akan membunuh satu-satunya label yang telah banyak membuka peluang dan menjaga kepentingan kita sebagai rakyat Malaysia khususnya MELAYU.

MELAYU MUDA LUPA
KU CARI DAMAI DIHATI

Yang pasti melayu akan lupa kerana yang wujud sekarang adalah saki baki MELAYU yang lahir dari kemenangan dan kepayahan para pejuang UMNO. MELAYU sekarang tidak pernah sedar dan tak akan sedar dengan fenomena yang sedang melanda kita.
Celik mata...ada makanan, ada sekolah, ada kerja, ada peluang mencari kemewahan. Subsidi jenuh, bantuan merata, biasiswa dan pinjaman mudah, sakit sepital banyak dan macam2 lagi.
Kitalah TUAN di tanah bertuah ini. Syok dan bangga sebab kita dapat semuanya....tapi sampai BILA?

KAMI NAK PERUBAHAN! Statemen magic dari mereka yang mempunyai persepsi negatif terhadap label ini. Cek dok tanyala...perubahan macam mana yang depa ni nak. Cek tak heran kalu Cina, hindu, dan sekaum dengannya mintak perubahan sebab depa ni memang bangsa yang tak tau kenang budi. Menumpang tapi rasa Malaysia ni milik depa punya. Samaler jugk kalu gang2 bangla, myanmar dan seantero dengannya yang dok carik makan kat sini nanti, depa naik kepala pastu claim negara ni depa punya....patut tangkap potong kepala..

MELAYU pun nak mintak perubahan..perubahan apa? Depa kata kerajaan la ni ZALIM. Tang mana yang zalim. Cek pun bukannya orang kaya, mak dan Abah cek pun kerja gomen saja, tapi cek tak pernah rasa susah. Memang ada orang susah dalam Mesia ni tapi bila cek dok kaji, kumpulan yang susah ni disebabkan ketegaran mereka sendiri. MISKIN TEGAR = majoriti yang miskin ni kalu tengok sihat tubuh badan. Muda, kuat, cukup sifat makna kata, boleh kerah carik kerja. Tapi dak....minta bantuan kerajaan. KERAJAAN bagi....bila dapat tak tau bersyukur..kata pulak kerajaan bagi bantuan tak cukup. Depa ingat kat MESIA ni depa saja nak bantuan. Cek keja ngan KEMAS, cek tau macam mana kita nak select kumpulan yang cukup sifat ni tapi penyakit MALAS nya tahap kritikal. Rasa macam nak hempuk dengan batu biaq depa ni bangun dari mimpi indah ini.

Ada pulak segelintir manusia yang dah memang senang, tapi masih tak cukup. Kaya dah tapi nak raya pulak. Kaya raya nak jadi jutawan. Bila projek tak lepas katalah kerajaan menzalimi mereka. Bersyukur jauh sekali. Cek bersyukur kepada Allah SWT kerana cek dapat semua kesenangan yang kerajaan bagi. Kalau ada birokrasi dalam kerajaan, jangan salahkan seluruhnya, sebab birokrasi ini ciptaan manusia dan manusia ini sentiasa dipantau oleh para Iblis yang memang tak senang duduk tengok manusia bahagia. Bak kata orang dolu dolu...marahkan nyamuk jangan bakaq kelambu..bukan takat kelambu terbakaq...skali ngan rumah hanguih..tu kira baik ..buatnya skali ngan orang hanguih sapa nak jawab???

Sunday, July 19, 2009

Friday, July 17, 2009

ONE MALAYSIA = 1 M

1MALAYSIA, hari Isnin 13 Julai 2009 lepas cek dinner dengan # 1 man Datuk Seri Najib, ramai2 la, privillage beliau sanggup mai Kedah sehari suntuk just for Kedahan. Speech beliau malam tu very simple but understood. Cakap pasal 1M ni, cek cuba menyelam kehendak seorang pemimpin baru yang sedang berada dalam senario politik kritikal. Cek rasa Datuk Seri dewasa dalam UMNO. Beliau telah melihat warna warni UMNO dan cek yakin beliau telus dan ikhlas untuk memimpin. Mungkin kita masih diselimuti dengan kehangatan Tun M dan cek pun kalau boleh nak sentiasa berada terjamin dalam kehangatan tersebut. Tapi bila kita pikir balik, elok juga kalau kita bertukar selimut yang baru tetapi kehangatannya tetap sama.
Fenomena yang sedang melanda keluarga UMNO ni bukannya sesuatu yang luar biasa tetapi satu fenomena yang pasti akan berlaku dalam mana-mana keluarga parti lain. Bila cek dok perati dan usha dalam-dalam, setiap ceramah parti pasti akan mengingatkan kita tentang perjuangan para vateran dalam mengungguli kuasa UMNO di Malaysia. Memanglah kita patut diingatkan dengan perjuangan mereka, tetapi cek ingat konsep perjuangan dalam UMNO sekarang telah jauh berbeza. Dulu memang ahli UMNO sanggup bergadai wang ringgit, berparang dan lantang menegakkan agenda dan ideologi demi UMNO. Sebab UMNO masih muda, tiada pengaruh jadi UMNOis bekerja keras untuk menjadikan UMNO kebal dan utuh. Tapi senario sekarang, bukan Ahli yang memperjuangkan UMNO, tapi UMNO yang menjaga kebajikan ahli. Dulu pangkat dan jawatan bukan menjadi keutamaan, yang penting UMNO MENANG! Siapa pun wakil, kita sokong 100%. Sekarang, kalau UMNO tak bagi jadi calon, tukaq, loncat, terjun, keluaq parti, semua orang tak layak, depa saja layak. Depa tu sapa..bukanka sekapai semuanya.
Tsunami yang melanda UMNO (quote Datuk Seri) ni meninggalkan kesan yang mendalam kepada generasi muda..macam cek ni la. Sapa pegang jawatan dalam UMNO mesti ada agenda tersendiri. POKET KENA BERISI. La ni sapa nak jadi ketua kena ada duit banyak kalau tidak orang tak mau. Biaq ketua tu tak tau apa asalkan duit dia banyak. Kalut tangkap projek kerajaan..pastu tanya pulak UMNO nak bagi apa kat depa kalau depa sokong UMNO. Pasai apa UMNOis sekarang tak sayang dekat UMNO? Sebab bukan depa yang berabis wang ringgit, tenaga dan berkorban jiwa raga untuk UMNO. Bagi depa..masuk UMNO mesti kena ada pulangan, bukannya nak pikir macam mana nak satukan MELAYU.
Kita tengok PUTERI sekarang bukan main pandai lobi melobi kerana nak menang jawatan. Dari peringkat cawangan ke bahagian hinggalah ke Malaysia...semua nak bertanding. Tak kiralah kalau yang nak undi tu cuma ada 15 orang. Kalau 15 orang bagi 2 calon yang menang akan bawa 1/2 penyokong dia. Yang 1/2 lagi terus merajuk...tak nak join aktiviti PUTERI....habihtu PUTERI tinggai apa? Cek rasa eloklah puteri fokus kepada peranan mereka mengembalikan kepercayaan generasi muda kepada UMNO. Daripada dok pikiaq nak perjatuhkan maruah ketua yang sedia ada semata-mata sebab dia nak memuaskan hati yang keciwa sebab kalah bertanding, baik kita gemilangkan fungsi PUTERI dalam UMNO.AMACAM? ada berani ka??

Remaking blog..

Blog yang cek buat aritu....entah apa id dia..cek lupa..maklumlah umoq pun kannya sikit heheheh. Anyway cek buat lagi satu blog ni..so that boleh pakat share ngan members lain. So apa cita nak tulih dalam blog ini. Tak lain dan tak bukan cita pasai isu2 hot ..politik, hiburan, ekonomi, bla bla bla...
So nak mula cita...apa kata kita review a few of recent issues : Maths n Science back to root.....
Cek rasala...kalau teruskan pun xdak masalah sebab yang create masalah adalah kita 'manusia' yang tak pernah nak hargai perubahan walaupun kadangkala perubahan itu membawa kebaikan. Persoalannya pasai apa isu ni dulu x dibangkitkan sebelum diaplikasi. Tuba-tiba ianya jadi isu sejagat sampai membawa kepada 'rusuhan manja'. Yang syioknya depa yg dok merusuh tu bukannya orang lain..orang kita jugak...MELAYU.
Kalau nak kata pendekatan ini tak beri sebarang faedah..tak jugak. Mungkin ada silap dalam pelaksanaannya. Cikgu2 mungkin unprepared dan rasa ianya beban yang tidak tertanggung oleh mereka. Compare dengan cecikgu dulu2...sekarang ni semua nak yang simple n effision (betui dak spelling ni).
Kadang-kadang sebagai insan yang ada anak pi sekolah, cek penin kepala tengok anak cek yang sulung tu...tapi cek perasan satu..zaman cek blajaq dulu kalau darjah 1 : one plus one pun cek tak tau...tapi la ni...anak cek boleh cakap semua tu..advance...ada kebaikkan kan? Tapi tu ler kalau kita tengok dari segi carik ilmu...memanh nampak keberkesanannya tapi kalau dari segi kesesuaian dengan aplikasi kehidupan mungkin tidak.
Bila MELAYU nak sedia untuk berubah? Cek rasa sisitem pendidikan kita kena dikaji semula. Sekarang ni banyak guru yang diberi tugas tidak selaras dengan bidang mereka. Contoh depan mata, suami cek amik IT tapi kena mengajaq pendidikan khas..orang kata tak kena dengan jiwa..tapi bila pikiaq tugas dan tanggungjawab...terpaksala....tapi mana nak mai kemahiran kalau cikgu sejarah kena ajaq English? Cikgu Maths ajaq kemahiran hidup? Tangkap bubuh saja..mangsa sapa..anak2 kita jugak.
Tadi dalam news..kata nak adakan kelas bahasa asing...untuk tujuan pelancongan...pakat blajaq cakap German lepaih ni..kut senang dari English...
Apa pun tepuk dada..sakit wo..tapi tepuk minda....bawa2 berfikir..ke mana arah kita ??

 
PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN © 2007 Template feito por Áurea R.C.