Mind Power

"I always prefer to believe the best of everybody - it saves so much trouble." - Rudyard Kipling (1865-1936) English Writer of Prose, Verse

Wednesday, July 29, 2009

MESYUARAT AGUNG PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN


31 JULAI 2009 - Mesyuarat Puteri akan diadakan di Wisma UMNO Jerlun jam 8.30 pagi. Seramai 107 perwakilan Puteri dari 27 cawangan akan berjumpa dan bersidang bagi membuka satu lembaran baru melalui teraju Ahli jawatankuasa yang baru. Ini merupakan Mesyuarat sulung bagi Ketua Puteri Bahagian yang baru, Cik Yusmawati. Penglibatan semua perwakilan dalam menjana satu agenda untuk dibawa sebagai visi Puteri Bahagian.
Perasmian akan disempurnakan oleh YB Dato' Abu Hassan Sarif, Ketua UMNO Bahagian sendiri sebagai memberi peluang untuk beliau menyampaikan amanat dan intipati perjuangan UMNO bagi menarik lebih ramai generasi muda.
Siapa Puteri di mata masyarakat? Persepsi masyarakat terhadap Puteri amatlah penting dalam membentuk satu penerimaan positif. Puteri mempunyai agenda dan matlamatnya yang tersediri. Namun komitmen dari semua pihak terutama AJK amatlah diharapkan agar setiap aktiviti yang dirancang bersama dapat dilaksanakan.
Fokus kita adalah satu ; REMAJA / BELIA. Kita akan bersama-sama berusaha untuk memajukan ekonomi dan sahsiah diri generasi muda ke arah kecemerlangan dalam jatidiri. INSYAALLAH.....

2 comments:

Anonymous said...

askum, buat semua ahli pu3 sekalian..saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah diatas pelancaran blog pu3 jerlun yg dirasmikan oleh yb dato ketua bhgn jerlun,serta ketua pu3 baru kerana persidangan pada hari ini berjln dgn lancar..sbgai pemerhati dan wakil perhubungan negeri dari bhgn pokok sena saya amat terharu dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan mesra dri sahabat2 pu3 sekalian..perpaduan di antara kita sbgai ahli pu3 jelas terpancar,walaupn kita baru berkenalan,ttpi atas layanan sahabat2 sekalian sprti kita sudah lama berkenalan dn di harapkan hubungan ini akan berterusan dan mnjadi contoh bg jenerasi pu3 yg akan dtg..demi memperjuangkan agama dan bangsa kita..salam syg dari saya aznie@jasmine ajk pu3 pokok sena.

LadyBond said...

Dear aznie..
Thx for visiting this blog. Terima kasih juga di atas kesudian AJK Pokok Sena yang hadir pada hari persidangan tempoh hari. Sebagai wakil Pu3 Jerlun, saya rasa pada bersyukur kerana Persidangan dapat berjalan dengan lancar tanpa persengketaan. Inilah yang kita perlu dalam Pergerakan Pu3....matured and prepared. Cuma hari tu lunch kami tak sempat hidang utk AJK poko sena..ada mis communication.....sorry bebanyak...apa pun diharap hubungan antara pu3 bahagaian akan terus tejalin dalam usaha kita mengembalikan maruah anak melayu..
Keep on posted....share the idea and info...

sayangs,

 
PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN © 2007 Template feito por Áurea R.C.