Mind Power

"I always prefer to believe the best of everybody - it saves so much trouble." - Rudyard Kipling (1865-1936) English Writer of Prose, Verse

Friday, July 17, 2009

ONE MALAYSIA = 1 M

1MALAYSIA, hari Isnin 13 Julai 2009 lepas cek dinner dengan # 1 man Datuk Seri Najib, ramai2 la, privillage beliau sanggup mai Kedah sehari suntuk just for Kedahan. Speech beliau malam tu very simple but understood. Cakap pasal 1M ni, cek cuba menyelam kehendak seorang pemimpin baru yang sedang berada dalam senario politik kritikal. Cek rasa Datuk Seri dewasa dalam UMNO. Beliau telah melihat warna warni UMNO dan cek yakin beliau telus dan ikhlas untuk memimpin. Mungkin kita masih diselimuti dengan kehangatan Tun M dan cek pun kalau boleh nak sentiasa berada terjamin dalam kehangatan tersebut. Tapi bila kita pikir balik, elok juga kalau kita bertukar selimut yang baru tetapi kehangatannya tetap sama.
Fenomena yang sedang melanda keluarga UMNO ni bukannya sesuatu yang luar biasa tetapi satu fenomena yang pasti akan berlaku dalam mana-mana keluarga parti lain. Bila cek dok perati dan usha dalam-dalam, setiap ceramah parti pasti akan mengingatkan kita tentang perjuangan para vateran dalam mengungguli kuasa UMNO di Malaysia. Memanglah kita patut diingatkan dengan perjuangan mereka, tetapi cek ingat konsep perjuangan dalam UMNO sekarang telah jauh berbeza. Dulu memang ahli UMNO sanggup bergadai wang ringgit, berparang dan lantang menegakkan agenda dan ideologi demi UMNO. Sebab UMNO masih muda, tiada pengaruh jadi UMNOis bekerja keras untuk menjadikan UMNO kebal dan utuh. Tapi senario sekarang, bukan Ahli yang memperjuangkan UMNO, tapi UMNO yang menjaga kebajikan ahli. Dulu pangkat dan jawatan bukan menjadi keutamaan, yang penting UMNO MENANG! Siapa pun wakil, kita sokong 100%. Sekarang, kalau UMNO tak bagi jadi calon, tukaq, loncat, terjun, keluaq parti, semua orang tak layak, depa saja layak. Depa tu sapa..bukanka sekapai semuanya.
Tsunami yang melanda UMNO (quote Datuk Seri) ni meninggalkan kesan yang mendalam kepada generasi muda..macam cek ni la. Sapa pegang jawatan dalam UMNO mesti ada agenda tersendiri. POKET KENA BERISI. La ni sapa nak jadi ketua kena ada duit banyak kalau tidak orang tak mau. Biaq ketua tu tak tau apa asalkan duit dia banyak. Kalut tangkap projek kerajaan..pastu tanya pulak UMNO nak bagi apa kat depa kalau depa sokong UMNO. Pasai apa UMNOis sekarang tak sayang dekat UMNO? Sebab bukan depa yang berabis wang ringgit, tenaga dan berkorban jiwa raga untuk UMNO. Bagi depa..masuk UMNO mesti kena ada pulangan, bukannya nak pikir macam mana nak satukan MELAYU.
Kita tengok PUTERI sekarang bukan main pandai lobi melobi kerana nak menang jawatan. Dari peringkat cawangan ke bahagian hinggalah ke Malaysia...semua nak bertanding. Tak kiralah kalau yang nak undi tu cuma ada 15 orang. Kalau 15 orang bagi 2 calon yang menang akan bawa 1/2 penyokong dia. Yang 1/2 lagi terus merajuk...tak nak join aktiviti PUTERI....habihtu PUTERI tinggai apa? Cek rasa eloklah puteri fokus kepada peranan mereka mengembalikan kepercayaan generasi muda kepada UMNO. Daripada dok pikiaq nak perjatuhkan maruah ketua yang sedia ada semata-mata sebab dia nak memuaskan hati yang keciwa sebab kalah bertanding, baik kita gemilangkan fungsi PUTERI dalam UMNO.AMACAM? ada berani ka??

2 comments:

Anonymous said...

The first step in the acquisition of wisdom is silence, the second listening, the third memory, the fourth practice, the fifth teaching others.
The fifth one is the hardest!

LadyBond said...

Hi there Any...
U are so true...but how much do we willing to keep up our wisdom, by being silence, listening, practicing n teaching?

 
PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN © 2007 Template feito por Áurea R.C.