Mind Power

"I always prefer to believe the best of everybody - it saves so much trouble." - Rudyard Kipling (1865-1936) English Writer of Prose, Verse

Friday, August 7, 2009

Umno sudah jadi mainan sorok- menyorok pembekal gula (HARAKAH DAILY)

Adnan Ibrahim
Fri | Aug 07, 09 | 1:23:40 pm MYT

Pengguna dan peniaga mula bersungut bekalan gula sukar didapati di pasaran. Peniaga kedai kopi pula terpaksa bertanyakan kepada pelanggan peminat teh O atau kopi O sama ada mahu terus memesan minuman tersebut kerana mereka tidak ada gula.

Jika peminat teh O atau kopi O tetap dengan citarasanya maka mereka terpaksa meminum teh O atau kopi O kosong iaitu teh O atau kopi O yang tidak dimasukkan gula. Sudah tentu rasanya pahit tetapi bagi pengidap kencing manis ia mungkin memberi manafaat.

Bagaimanapun selera boleh diubah dengan memesan teh atau kopi yang dicampur susu tetapi ia akan menambah belanja bulanan minum di kedai kopi. Namun begitu hamburan seranah tetap keluar daripada mulut peminat teh O atau kopi O terhadap kegiatan sorok gula.

Gula menjadi pemanis minuman dan makanan yang paling murah berbanding susu atau bahan pemanis lain. Jika gula tiada di pasaran bermakna berlaku peningkatan perbelanjaan keluarga kerana terpaksa mengantikan bahan pemanis lain yang lebih mahal.

Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan sikap kerajaan yang gagal menangani kegiatan sorok bekalan gula. Malah kejadian ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun.

Kegiatan sorok menjadi ugutan serta tekanan terbaik bagi pembekal gula terhadap kerajaan disamping terdapat unsur rasuah yang menambah lagi kejayaan perbuatan tersebut.

Malah setiap kali kegiatan sorok gula berlaku maka kerajaan terpaksa memanggil pemborong dan pembekal gula untuk bermesyuarat dan pada kebiasaannya daripada peristiwa dan sejarah lepas peniaga tersebut mendapat laba apa yang mereka mahu.

Akhirnya permintaan menaikkan harga gula diluluskan kerajaan. Budaya niaga seperti ini turut ditiru oleh pembekal tepung gandum malah pembekal beras juga turut mengambil kesempatan ketika beras berkurangan di pasaran.

Cara niaga seperti ini, akhirnya mendapat kejayaan kepada pembekal. Kerajaan tunduk kepada tekanan peniaga. Sebaliknya dalam soal lain kerajaan tetap keras kepala konon tidak akan tunduk dengan desakan pembangkang walaupun ia keputusan majoriti rakyat.

Umpamanya dalam isu bahasa Melayu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerajaan dengan bongkak dan sombong mengatakan mereka tidak akan tunduk kepada tekanan walaupun rakyat keluar berdemontrasi di jalan raya.

Kenapa pemimpin Umno dan pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak menunjukkan kesombongan dan kebongkokkan tersebut terhadap golongan pembekal yang menekan mereka melalui kegiatan sorok barangan keperluan harian?

Sepatutnya ketegasan kerajaan patut ditunjuk sama kepada peniaga tersebut supaya rakyat tidak menghadapi bebanan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang.

Sebaliknya itu tidak berlaku, kenapa? Apakah kerajaan BN diselubungi rasuah dengan golongan peniaga sehingga tidak berani menentang desakan tersebut?

Rakyat juga tahu Umno menggunakan banyak wang setiap kali pilihan raya umum dan kecil. Dari mana wang tersebut diperolehi atau mungkin daripada sumbangan konglomerat tersebut yang menguasai pasaran barangan keperluan harian.

Sekiranya unsur tersebut benar maka tidak hairan pemerintah BN akan tunduk kepada desakan menaikkan harga barangan keperluan harian.

Maka perbuatan menyorok barang seperti gula bukanlah menjadi kehairanan kerana ia ada unsur seolah kerajaan memberi lampu hijau dibelakang tabir.

Apabila barangan seperti gula tidak ada dipasaran maka sudah tentu kenaikan harga gula yang diluluskan oleh kerajaan boleh menjadi relevan kepada rakyat.

Rakyat akhirnya terpaksa menerima dengan alasan kononnya harga gula lebih mahal di negara jiran maka kegiatan penyeludupan gula berleluasa ke negara tersebut.

Kalau kerajaan boleh mengarahkan polis menggagalkan demontrasi ISA kenapa tidak ada kerahan bagi menggagalkan penyeludupan?

Apa yang nyata ialah kerajaan banyak beralasan demi menjaga kepentingan konglomerat daripada kepentingan rakyat. Umno tidak sedar ia telah menjadi mainan sorok-menyorok golongan tersebut.

Selagi Umno memerintah isu sorok gula tidak akan selesai. Lihatlah bagaimana kerajaan PAS Kedah dalam masa tidak sampai setahun berjaya menghapuskan pusat penyembelihan babi haram sejak 40 tahun lalu semasa pemerintahan Umno lagi.

Umno memerintah Kedah begitu lama tetapi gagal menyelesaikan masalah yang bertentangan dengan peraturan. Apakah pemerintahan Umno itu kerana ada unsur rasuah sehingga pusat penyembelihan itu boleh beroperasi begitu lama tanpa lesen?

Begitu juga masalah arak di Selangor walaupun pemerintahan Umno berjaya membuat peraturan mengharam jualan arak di kawasan majoriti orang Islam tetapi Umno gagal menguatkuasakannya.

Pemerintahan Umno Selangor tidak berjaya menghalang kedai daripada menjual arak. Sebaliknya dibawah kerajaan pakatan rakyat, Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) berani bertindak berdasarkan peraturan yang ditetap mereka.

Oleh kerana tindakan rampasan arak oleh PBT di Shah Alam berdasarkan peraturan yang sedia ada maka PAS bersetuju. Walaupun PAS bukan majoriti dalam kerajaan Selangor tetapi tindakan tersebut telah memberi kejayaan kepada rakyat demi menjaga sosial masyarakat Islam.

Sebaliknya apa yang Umno boleh buat walaupun ada peraturan atau apakah Umno hanya takut kepada golongan peniaga lebih daripada rakyat? Atau apakah Umno banyak diselubungi bayangan rasuah sehingga tunduk kepada perasuah?_

PENDAPAT CHEK....

Isu gula, tepung, beras dan seumpama ini tak akan reda walaupun PAS memerintah. Ini adalah isu ekonomi dan siapa yang berkuasa menerajui ekonomi Malaysia? Memang kerajaan melaksanakan akta. Tetapi pokok pangkalnya ialah siapa dalang di sebalik bekalan makanan di negara kita. Orang Melayu sebok bertelagah mencarik siapa yang salah. Manakala kaum bermata sepet mengambil peluang ini dan menangguk di air keruh kerana inilah masanya untuk mengeruhkan lagi suasana. Ekonomi depa pegang...harga depa control..so by hook or by crook kita kena ikut cara depa. Play by the game......cos nothing we can do. Tak payah salahkan kerajaan kerana....sapa pun yang pegang kerajaan...mampukah depa nak sack kaum ni dari bumi Malaysia..kalau mampu...buktikan dulu....KEDAH....SEJAHTERA...kalau Utz. Azizan boleh kawai depa ni...chek tabik springhggggggggg

Wednesday, August 5, 2009

POLITIK DALAM KEHIDUPAN

For a few days 'Ive been trying to locate a few facts about our political scenario. Especially how it effects our daily life. The important is how do we handle critical crisis regarging our benefits and future. Today...I failed to buy a packet of sugar....out of stock. Let's think about it.
Kita selalu mempolitikkan semua perkara yang kebanyakkannya memberi keuntungan kepada sesetengah pihak. Sepatutnya masalah kekurangan bekalan makanan tidak berlaku di negara kita yang serba bertuah ini. Tetapi atas dasar politik dan economic strategies kita tidak dapat lari dari semua ini. Sejauhmanakah kita dapat mengatasi krisis ini secara rasional dan waras.
Kita boleh marah kepada kerajaan. Chek yakin bila mana bekalan gula berkurangan..pasti akan timbul pelbagai isu dari pihak pembangkang kerajaan. Selaku pengguna, chek takla terasa sangat kalau tak boleh beli gula sekilo, tapi bagi peniaga2...for sure it's a big problem for them.
Inilah yang berlaku bila politik disuntik ke dalam hidup kita.
Pembekal cina menagguk di air yang keruh. Waktu nak sambut puasa dan Hari Raya nilah timbul kekurangan dalam bekalan. Before this tak ada masalah pun. tunggulah nanti mesti bekalan beras, minyak dan yang seumpanya akan berkurangan. Raya season ni macam2 ada....yang tak pernah kurang..pertelagahan di antara orang Melayu......UMNO vs PAS...is forever no solution...BULAN POSA ni UMNO dan PAS akan berpuasa bersama-sama......itulah persamaan di antara kita. Semoga Bulan Ramadhan kali ini akan memberi hidayah kepada kita semua dalam mengenal erti kata bersaudara sesama ISLAM. Semoga ALLAH memberi perlindungan kepada kita semua dann buka pintu hati kita untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Apa pun boleh berlaku...KUN FAYAKUN.......insyaAllah...........

Friday, July 31, 2009

BIG DAY.....



PERWAKILAN BERSIDANG!
MOGA-MOGA BERJALAN DENGAN LANCAR

Thursday, July 30, 2009

PELANCARAN BLOG PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN


http://pu3jerlun.blogspot.com

31 JULAI 2009
disempurnakan oleh YB Dato' Abu Hassan Bin Sarif

"Saluran minda intelek ke arah perpaduan bangsa sejagat"

Wednesday, July 29, 2009

MESYUARAT AGUNG PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN


31 JULAI 2009 - Mesyuarat Puteri akan diadakan di Wisma UMNO Jerlun jam 8.30 pagi. Seramai 107 perwakilan Puteri dari 27 cawangan akan berjumpa dan bersidang bagi membuka satu lembaran baru melalui teraju Ahli jawatankuasa yang baru. Ini merupakan Mesyuarat sulung bagi Ketua Puteri Bahagian yang baru, Cik Yusmawati. Penglibatan semua perwakilan dalam menjana satu agenda untuk dibawa sebagai visi Puteri Bahagian.
Perasmian akan disempurnakan oleh YB Dato' Abu Hassan Sarif, Ketua UMNO Bahagian sendiri sebagai memberi peluang untuk beliau menyampaikan amanat dan intipati perjuangan UMNO bagi menarik lebih ramai generasi muda.
Siapa Puteri di mata masyarakat? Persepsi masyarakat terhadap Puteri amatlah penting dalam membentuk satu penerimaan positif. Puteri mempunyai agenda dan matlamatnya yang tersediri. Namun komitmen dari semua pihak terutama AJK amatlah diharapkan agar setiap aktiviti yang dirancang bersama dapat dilaksanakan.
Fokus kita adalah satu ; REMAJA / BELIA. Kita akan bersama-sama berusaha untuk memajukan ekonomi dan sahsiah diri generasi muda ke arah kecemerlangan dalam jatidiri. INSYAALLAH.....

Tuesday, July 28, 2009

HORLICK 1, NESCAFE 1

Horlick 1 Nescafe 1 = wabak ngeri yang sedang bermaharajalela di seantero dunia.Ket Mesia pun dah ramai dan angkanya semakin bertambah termasuk kes kematian. SubhanaAllah....dalam usaha kita memperkuatkan antibodi badan kita, minda dan kerohanian kita juga seharusnya diperhebatkan keimanannya.
GANJARAN IKUT KEPAKARAN - Dalam paper Metro ari ni..khas utk. kakitangan akademik IPTA. Good news ler tu untuk depa2 yang berkhidmat dan sepatutnya depa ni bersyukur. Kita merit ikut tahap kepakaran...walaupun dari segi kelayakannya tidak setanding kepakaran. Pengalaman merupakan salah satu ke arah meningkatkan kepakaran. Ada segelintir lecturer yang baru grad..kurang kepakaran dari aspek pengajaran. So dengan adanya insentif camni, akan stimulate lagi depa ni untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Thanx to KERAJAAN....

Thursday, July 23, 2009

Puteri turun padang




Puteri Jerlun bersama-sama dengan pemimpin bahagian telah turun padang sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap penderitaan rakyat. Walaupun mungkin tidak dapat memenuhi kesemua kehendak, namun UMNO akan terus membantu selagi termampu...

 
PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN © 2007 Template feito por Áurea R.C.