Mind Power

"I always prefer to believe the best of everybody - it saves so much trouble." - Rudyard Kipling (1865-1936) English Writer of Prose, Verse

Thursday, November 19, 2009

PU3 KEDAH BOWLING TOURNAMENT


18 NOVEMBER 2009 - Bertempat di Central Square Sungai Petani, Biro Sukan Puteri UMNO Negeri Kedah telah mengadakan pertandingan bowling antara Pu3 Bahagian. So I took this opportunity to join Pu3 Jerlun's Team. It was pretty bad since I dah lama tak pegang bola ni. There rest were consistant...kesian depa maybe I was the reason we lost last nite.


Tapi chek rasa itu semua adat pertandingan sebab yang penting adalah ikatan muhibbah yang dapat terjalin antara Pu3' members. Malam semalam YB Dato Bashah sudi menjadi tetamu VIP merangkapa peserta jemputan. He bowled superbly. Tabik Spring....kat Dato..and Datin was so sporting to join the arena. The couple was happening!


My team, Su, Marzita, Kak Long takder ler dapat last place..maybe in between hahahha. Ben10 pun not bad..rajin sungguh depa membowlingkan diri. Since Ummi jadi Urusetia, dia bagi line kat chek main on behalf of her. Dalam keseronokan bowling, kami sebenarnya cemas dengan situasi yang sedang melanda Bahagian - KERUSI ADUN!


PILIHANRAYA atau TIDAK? Itulah yang menjadi persoalannya. Bagi ahli Pu3, kami sedang mempersiapkan diri bagi menempuh apa jua keputusan yang bakal diketahui Jumaat ini. Yang penting we will struggle hard to win again..no matter what! Dato' Abu...doa dan kesetiaan kami tidak pernah dan tak akan lekang. We are here for u! SOKONG, SOKONG..itulah motto kami...


Kalau jadi pilihanraya, ada 2 RAYA ler bulan Disember ni...hehhee. Balik mengundilah cheq sebab last election checq dalam pantang.....sorry Dato'.

Sekarang masa untuk KERJAAAAAAAA........dan Selamat berkursus kepada semua AJK 4 Sayap Bahagian Jerlun

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA..


SALAM LEBARAN PENUH KEMULIAAN - diucapkan kepada semua umat Islam yang akan meraikannya.

Semoga di hari yang penuh keberkatan ini dapat membuka hati kita untuk lebih menyayangi antara satu dengan lain. Mungkin Allah akan menyatukan hati kita agar lebih bersatu dalam memerangi segala tohmahan dan dugaan.


Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada semua rakan dan taulan, terutama keluarga di atas segala ketelanjuran kata dan perbuatan.
Semoga kita berbahagia di samping keluarga tercinta di hari yang mulia ini dan jangan lupa pada yang sudah tiada.
Sayang,
Hazura dan keluarga
serta warga PUTERI UMNO Jerlun

Thursday, September 10, 2009

MALAM TUJUH LIKUR

Tak sampai 2 minggu kita akan menyambut hari kemenangan. Dan sepanjang minggu ni banyak program yang dijalankan oleh UMNO. Majlis sumbangan zakat oleh YBhg. Dato' Maznah Hamid telah pun disempurnakan minggu lepas. Tapi cheq xleh pi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Antara program yang bakal dijalankan :-

12/09/2009 - Majlis berbuka puasa di KEMAS Parlimen Jerlun bersama-sama YB Dato'
Mukhriz Mahathir.

13/09/2009 - Majlis berbuka Puasa bersama-sama AJK Puteri UMNO Negeri.
- Sumbangan Hari Raya di UMNO Jerlun.

15/09/2009 - Majlis Berbuka Puasa di KEMAS Parlimen Kubang Pasu.

Itulah yang cheq dapat cover..yang lain tunggu invitation ler...hehehe

Selamat Menjalankan Ibadat Terawikh dan Puasa

Sunday, August 30, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

30 OGOS 2009 - Hari ni Ketua Pu3 Jerlun sms ada majlis berbuka puasa dan meraikan anak2 yatim bersama YB Dato' Mukhriz Mahathir bertempat di Masjid Kg Siputeh. Yesterday I was informed that majlis menyampaikan sumbangan Aidilfitri telah diadakan di Wisma UMNO Jerlun by Yb dato' Mukhriz jga. Alhamdulillah, YB Dato' tak pernah lupa rakyat yang memilih beliau.

Sebenaqnya, cheq x brapa ada mood nak scribble kat lam blog ni..information pu tak brapa ada sangat yang kena mengena ngan Pu3 ni...so..we wait n see......

Chow dulu la....

Thursday, August 20, 2009

UNPRODUCTIVE WEEK

This past 2 weeks chek n d whole family dilanda wabak misteri yg bukan H1N1 dan bukan keracunan makanan. But still kena kuarantin kat umah. N I don't have the energy to be in here..

Kursus blogger UMNO Kedah last week chek xleh pi kes sakit ni ler..but I hope semuanya berjalan dengan suksess..Dalam minggu ni juga emo chek x brapa stabil n ada kena mengena dengan service kerajaan. Nak marah..salah tak marah sakit jiwa dibuatnya. Kadang2 people take it for granted esp.those ppl yg kerja kat sepital kerajaan. Minggu ni chek kira berkampung kat area sepital Bahiyah ngan sepital lama. Ya Allah...awatlah lembab dan menyakitkan hati. Kesian tengok budak2 yang sakit n lembik macam kain buruk sebab dhidrated..termasuk anak chek la.
Chek rasa sepital2 semua ni sepatutnya buat sistem koaunter macam bank. Alternate..jgn tutup kaunter. Staff bedakla kerja...pi makan setengah...duk kaunter setengah. Kadang2 cek x paham..sakit ni boleh tahan2 ka...tAkkan dah berbuih mulut baru nak take action.
Something must be done so that kemudahan yang ada bukan sekadar hiasan dan bukti kerajaan prihatin tetapi biarlah servicenya tip top.

Those little yang membuatkan rakyat marah pada kerajaan. Remeh tapi makan dalam. Dendam kesumat tersimpan hebat. end result = maki kerajaan. Kalau tak kena kita tak rasa. Bila kita kena, kita mengiyakan keadaan, sampai bila kerana kita memang sayang dengan kerajaan sedia ada, tapi secalit kekecewa boleh membawa seribu perubahan dan keyakinan.

Pakat pikiaqlah sama2, sebab chek tak tu nak kata apa..komen salah...tapi chek tetap chek......

Saturday, August 8, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JERLUN 2009


MAJLIS PERASMIAN OLEH YB DATO' MUKHRIZ B TUN MAHATHIR

SABTU, 8 OGOS 2009 - Tarikh keramat ini menjadi saksi pertembungan minda dan idea dalam menentukan halatuju dan perancangan UMNO Jerlun untuk memartabatkan maruah Bangsa dan agenda Pucuk Pimpinan di bawah teraju Perdana Menteri yang baru. Majlis Perasmian telah pun disempurnakan oleh YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir. di dalam ucapan perasmian YB Dato', jelas tersemat seribu impian dan harapan untuk melihat UMNO Jerlun terus maju sejajar dengan perkembangan politik Malaysia. Beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana selama beliau menjadi Ahli Parlimen Jerlun, kerjasama dan sokongan dari ahli terutama YB Dato' Ketua Bahagian amatlah membanggakan. Hasil kerjasama yang baik antara Bahagian dan Ahli Parlimen telah memberi banyak manfaat dari segi peruntukan dan projek untuk kebaikan bersama.

Sepanjang Tahun 2009 ini, Peruntukan sebanyak RM1 juta telah diluluskan khas untuk pembangunan Bahagian Jerlun. 195 buah projek telah dilaksanakan yang merangkumi 95 di DUN Ayer Hitam dan 62 di DUN Kota Siputeh. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada YB Dato'. Masyarakat Cina juga tidak dilupakan yang mana sejumlah RM 90,000.00 telah diperuntukkan untuk mereka.

Beliau juga menerangkan tentang konsep DEMOKRASI TULIN yang menjadi tonggak permerintahan di Malaysia. Secara peribadi penerangan tentang konsep dan ancaman terhadap kuasa majoriti (bangsa Melayu) ini amatlah perlu kerana ini dapat membuka minda dan hati Orang Melayu tentang kedudukan kuasa Melayu pada hari ini. Kita mungkin bangga dengan kuasa mutlah iaitu hak majoriti Orang Melayu kerana kita yakin kita ramai. Tetapi ramai kita berpuak-puak. Banyak kita, berpecah belah. Majoriti kita berpihak-pihak. Justeru itu, YB Dato' Mukhriz berharap agar Bangsa Melayu bangun semula dan utuhkan perpaduan di antara kita. Tetapkan keyakinan dan kesetian kepada Parti BN yang telah banyak mempertahankan hak-hak Orang Melayu tanpa menindas bangsa lain yang menumpang hidup di kalangan kita.

Kata Beliau ; Kalau dulu BN diterima oleh semua bangsa kerana dasar Perlembangaan yang memberi keadilan kepada semua bangsa. Mengapa sekarang kita berpaling tadah. Kita lupa dengan apa yang nenek kita perjuangkan. Kita lupa draf perlembagaan yang digubal dan dipersetujui bersama, kita alpa dengan hak mutlak orang Melayu yang semakin disangkal oleh bangsa lain.

Beliau menyeru agar orang MELAYU mengenepikan perbezaan ideologi politik, semangat kenegerian dan agenda tersendiri untuk bersatu padu bagi mempertahankan hak majoriti orang Melayu di bumi yang bertuah ini. Ancaman2 ini tidak akan berkurangan sekiranya undi Melayu berpecah, golongan majoriti ini tidak menguasai ekonomi dan jenayah rasuah yang tidak dibendung. Justeru itu, beliau berjanji untuk bersama-sama turun padang terutama di Bahagian Jerlun bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat direalisasikan bersama agar orang Melayu dapat mempertingkatkan ekonomi dan selari dengan usaha kerajaan ..rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

ULASAN ;

Chek bersemangat sungguh bila mendengar ucapan YB Dato' Mukhriz tadi. Aura dan ketrampilan beliau membuktikan bahawa Jerlun amat bertuah kerana memiliki seorang pemimpin yang sememangnya bekerja untuk rakyat. Boleh dikatakan beliau sentiasa berada di bahagian bagi mengikuti segala program bersama rakyat. Kita hanya perlu buka mata, dan tanya hati, jangan ikut rasa dan emosi. Pemimpin pilihan rakyat..rakyat didahulukan...InsyaAllah...

Friday, August 7, 2009

BEHIND THE SCENE - MERDEKA (THX TO MNLIGHT RENDEZVOUS

MALAYA: Circa 1948 - 1960:
As remembered between the cobwebs of time. The Communist uprising.

The Malayan Emergency.
The 12 years jungle war fought by the Malayan Security Forces, British, Australian, New Zealand army, British Commonwealth against the communists led by their leader Chin Peng.



Chin Peng. Leader of The Malayan Communist Party.

It started with the assassination of three British estate managers at Sungei Siput, Perak.
This was later followed by the burning of rubber estates, sabotaging of installations, derailment of trains, burning of buses, generating civil unrest all over the country.

Malayan communist soldiers.

The CT (Communist Terrorist) soldier was well used to living in the jungle. ... Food and other supplies came from the jungle gardens of the fringe squatters and surrounding kampongs (villages).
He had jungle workshops to repair his weapons and equipment, jungle hospitals for first aid treatment, a network of agents and sympathisers in village, town and city, and a cowed rural population to coerce for food, money, information and sanctuary.

is discipline, fieldcraft, navigation and minor tactics were good and his weapon handling adequate. He relied on surprise in ‘hit and run’ tactics such as the ambush and, (initially) could be ruthlessly cruel in murdering, mutilating or kidnapping people of influence and their families - village headmen, teachers, local government officials.

Most guerrillas were Chinese, though there were some Malays, Indonesians and Indians. (Chin Peng, now 80, his Malay wife, his comrades-in-arms Abdullah CD, Rashid Maidin are today living in Southern Thailand).

CHEK GHASA:
Chin Peng adalah salah satu contoh kenapa cina takleh bermaharajalela di bumi MELAYA ni. Dari dulu lagi depa nak Melaya sebab Melaya menjamin kehidupan yang mewah. Aura dan fahaman Chin Peng ini masih tersemat rapi di dalam darah Bangsa ini. Dan di manakan MELAYU dengan darah Hang Tuah nya....
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...itu pasti...tapi tak ada gunanya MELAYU hanya pada nama!

Kata2 P RAMLEE dalam Sarjan Hassan
" KITA SESAMA BANGSA SEHARUSNYA BERSATU PADU...."

...p/s : pendapat peribadi...........jgn emo yer





 
PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN © 2007 Template feito por Áurea R.C.