Mind Power

"I always prefer to believe the best of everybody - it saves so much trouble." - Rudyard Kipling (1865-1936) English Writer of Prose, Verse

Saturday, August 8, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JERLUN 2009


MAJLIS PERASMIAN OLEH YB DATO' MUKHRIZ B TUN MAHATHIR

SABTU, 8 OGOS 2009 - Tarikh keramat ini menjadi saksi pertembungan minda dan idea dalam menentukan halatuju dan perancangan UMNO Jerlun untuk memartabatkan maruah Bangsa dan agenda Pucuk Pimpinan di bawah teraju Perdana Menteri yang baru. Majlis Perasmian telah pun disempurnakan oleh YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir. di dalam ucapan perasmian YB Dato', jelas tersemat seribu impian dan harapan untuk melihat UMNO Jerlun terus maju sejajar dengan perkembangan politik Malaysia. Beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana selama beliau menjadi Ahli Parlimen Jerlun, kerjasama dan sokongan dari ahli terutama YB Dato' Ketua Bahagian amatlah membanggakan. Hasil kerjasama yang baik antara Bahagian dan Ahli Parlimen telah memberi banyak manfaat dari segi peruntukan dan projek untuk kebaikan bersama.

Sepanjang Tahun 2009 ini, Peruntukan sebanyak RM1 juta telah diluluskan khas untuk pembangunan Bahagian Jerlun. 195 buah projek telah dilaksanakan yang merangkumi 95 di DUN Ayer Hitam dan 62 di DUN Kota Siputeh. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada YB Dato'. Masyarakat Cina juga tidak dilupakan yang mana sejumlah RM 90,000.00 telah diperuntukkan untuk mereka.

Beliau juga menerangkan tentang konsep DEMOKRASI TULIN yang menjadi tonggak permerintahan di Malaysia. Secara peribadi penerangan tentang konsep dan ancaman terhadap kuasa majoriti (bangsa Melayu) ini amatlah perlu kerana ini dapat membuka minda dan hati Orang Melayu tentang kedudukan kuasa Melayu pada hari ini. Kita mungkin bangga dengan kuasa mutlah iaitu hak majoriti Orang Melayu kerana kita yakin kita ramai. Tetapi ramai kita berpuak-puak. Banyak kita, berpecah belah. Majoriti kita berpihak-pihak. Justeru itu, YB Dato' Mukhriz berharap agar Bangsa Melayu bangun semula dan utuhkan perpaduan di antara kita. Tetapkan keyakinan dan kesetian kepada Parti BN yang telah banyak mempertahankan hak-hak Orang Melayu tanpa menindas bangsa lain yang menumpang hidup di kalangan kita.

Kata Beliau ; Kalau dulu BN diterima oleh semua bangsa kerana dasar Perlembangaan yang memberi keadilan kepada semua bangsa. Mengapa sekarang kita berpaling tadah. Kita lupa dengan apa yang nenek kita perjuangkan. Kita lupa draf perlembagaan yang digubal dan dipersetujui bersama, kita alpa dengan hak mutlak orang Melayu yang semakin disangkal oleh bangsa lain.

Beliau menyeru agar orang MELAYU mengenepikan perbezaan ideologi politik, semangat kenegerian dan agenda tersendiri untuk bersatu padu bagi mempertahankan hak majoriti orang Melayu di bumi yang bertuah ini. Ancaman2 ini tidak akan berkurangan sekiranya undi Melayu berpecah, golongan majoriti ini tidak menguasai ekonomi dan jenayah rasuah yang tidak dibendung. Justeru itu, beliau berjanji untuk bersama-sama turun padang terutama di Bahagian Jerlun bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat direalisasikan bersama agar orang Melayu dapat mempertingkatkan ekonomi dan selari dengan usaha kerajaan ..rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

ULASAN ;

Chek bersemangat sungguh bila mendengar ucapan YB Dato' Mukhriz tadi. Aura dan ketrampilan beliau membuktikan bahawa Jerlun amat bertuah kerana memiliki seorang pemimpin yang sememangnya bekerja untuk rakyat. Boleh dikatakan beliau sentiasa berada di bahagian bagi mengikuti segala program bersama rakyat. Kita hanya perlu buka mata, dan tanya hati, jangan ikut rasa dan emosi. Pemimpin pilihan rakyat..rakyat didahulukan...InsyaAllah...

0 comments:

 
PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN © 2007 Template feito por Áurea R.C.